Tuesday, May 11, 2010

simple sandwic...


bahan- bahan:


2 keping roti

1 biji ubi kentang (dihiris nipis)

1 keping isi ayam (yg dah digoreng atau dipanggang)

1 sudu makan mayonis

daun salad

jus lemon

garam

lada sulah


cara-cara membuat:


1- gaul ubi kentang bersama garam dan lada sulah. Selepas tu goreng hingga keperangan

2- sapu roti gan mentega, letak daun salad dan ayam, dan kentang goreng. Letak mayonis dan perah sedikt lemon. Tutup roti dan potong.

pai kentang dan daging...


bahan-bahan:


4 biji ubi kentang (rebus dan buang kulit)

50 gm daging lembu/kambing (dicincang)

20 gm tepung jagung

1 labu bawang besar (potong dadu)

2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)

sedikit daun bawang (di cincang)

garam

lada sulah

1 sudu makan susu segar

mentega


cara-cara membuat:


1- kisar ubi kentang hingga halus bersama susu, garam, dan lada sulah

2- cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau.

3- masukkan daging dan masak hingga empuk.

4- masukkan tepung jagung, daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa. Pekatkan dengan menggunakan tepung jagung.

5- ambil bekas casserole, sapukan sedikit mentega dan tuangkan isian daging tadi dan ratakan.

6- letak ubi kentang di atas isi daging dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit atau sehigga keperangan.

Mayonis...


Bahan-bahan:


450 ml minyak sayuran

1 biji telor

1 biji lemon (ambil jus)

1 sudu kecil garam


Cara-cara membuat:


1- putar telor hingga kembang dan berwarna keputihan

2- masukkan sedikit jus lemon dan putar hingga kembang

3- masukkan minyak sayuran sedikit demi sedikit dan putar. Ulang langkah 2 dan 3 hingga lemon dan minyak abis.

4- masukkan garam dan putar hingga menjadi mayonis...

5- sebagai perasa tambahan, boleh masukkan serbuk cili atau serbuk lada hitam untuk mendapatkan rasa yg berbeza...